Eliud Kipchoge
Eliud Kipchoge

Eliud Kipchoge

Eliud Kipchoge (lahir 9 November 1984) ialah pelari jarak jauh Kenya yang bertanding dalam maraton dan dahulunya bertanding dalam jarak 5000 meter. Dianggap secara meluas sebagai pelari maraton terhebat, beliau ialah juara maraton Olimpik 2016 dan 2020, memegang rekod dunia maraton dengan catatan masa 2:01:09 dalam Maraton Berlin 2022, dan memegang empat daripada lima maraton terpantas kali dalam sejarah.[2]Kipchoge merangkul kejuaraan dunia individu pertamanya pada tahun 2003 dengan memenangi perlumbaan remaja di Kejohanan Rentas Desa Dunia, dan mencipta rekod remaja dunia dalam acara 5000 m. Pada usia 18 tahun, beliau menjadi juara dunia 5000 m senior dalamKejohanan Dunia 2003 dengan rekod kejohanan, dan diikuti dengan gangsa Olimpik bagi Kenya pada 2004 dan satu lagi gangsa pada Kejohanan Dalaman Dunia 2006. Selain itu, beliau turut menjadi finalis acara 5000 m Kejohanan Dunia sebanyak lima kali, dan meraih pingat perak dalam Kejohanan Dunia 2007, Olimpik Beijing 2008 dan Sukan Komanwel 2010.Beliau beralih kepada larian jalan raya pada 2012 dan merangkul debut maraton separuh kedua terpantas, pada catatan masa 59:25. Dalam debut maratonnya, beliau memenangi Maraton Hamburg 2013 dalam masa rekod kursus. Kemenangan pertamanya dalam Marathon Major Dunia diperoleh Maraton Chicago pada 2014, dan kemudiannya menjadi juara siri pada 2016, 2017, 2018 dan 2019. Beliau telah memenangi Maraton London empat kali, dan Maraton Berlin menyamai rekod empat kali. Dengan 15 kemenangan daripada 17 maratonnya, satu-satunya kekalahan Kipchoge ialah menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Wilson Kipsang Kiprotich pada Maraton Berlin 2013, di mana Kipsang memecahkan rekod dunia, dan menduduki tempat kelapan pada Maraton London 2020.[3][4][5] Larian rekod dunia semasa Kipchoge adalah pantas sebanyak 30 saat rekod dunia terdahulu, juga rekod dirinya, dan merupakan kemajuan 78 saat berbanding rekod dunia sedia ada, terbesar sejak 1967.Pada 12 Oktober 2019, Kipchoge berlari jarak maraton dalam Cabaran Ineos 1:59 di Vienna, Austria, mencapai catatan masa 1:59:40.2.[6] Walaua bagaimanapun, larian itu tidak dikira sebagai rekod maraton baharu kerana peraturan piawai pertandingan bagi perentakan dan cecair tidak dipatuhi, dan ia bukan acara terbuka.[7][8][9]

Eliud Kipchoge

Lahir (1984-11-05) 5 November 1984 (umur 38)
Kapsisiywa, Daerah Nandi, Kenya
Peringkat akhir Olimpik 2004 Athens
5000 m,  Gangsa
2008 Beijing
5000 m,  Perak
2016 Rio de Janeiro
Marathon,  Emas
2020 Tokyo
Marathon,  Emas
Kejohanan Rentas Desa Dunia 1
Rekod peribadi terbaik
Dilatih oleh Patrick Sang
Acara Maraton, 5000 m
Kejohanan Dalaman Dunia 0
Major Maraton Dunia 10
Sukan Olimpik 2
Berat badan 52 kg (115 lb)[1]
Sukan Komanwel 0
Total 14
Negara Kenya
Acara123Sukan OlimpikKejohanan DuniaKejohanan Rentas Desa DuniaKejohanan Dalaman DuniaSukan KomanwelMajor Maraton DuniaTotal
Acara123
Sukan Olimpik211
Kejohanan Dunia110
Kejohanan Rentas Desa Dunia100
Kejohanan Dalaman Dunia001
Sukan Komanwel010
Major Maraton Dunia1010
Total1442
Kejohanan Dunia 1
Ketinggian 167 cm (5 ka 6 in)[1]
Sukan Olahraga
Peringkat akhir dunia 2003 Paris
5000 m,  Emas
2005 Helsinki
5000 m, 4th
2007 Osaka
5000 m,  Perak
2009 Berlin
5000 m, ke-5
2011 Daegu
5000 m, ke-7

Rujukan

WikiPedia: Eliud Kipchoge http://mak.bn.org.pl/cgi-bin/KHW/makwww.exe?BM=1&N... https://runningmagazine.ca/sections/runs-races/shu... https://www.bbc.com/sport/athletics/24322574 https://www.cnn.com/2021/08/08/sport/eliud-kipchog... https://www.nytimes.com/2019/10/12/sports/eliud-ki... https://www.olympicchannel.com/en/athletes/detail/... https://www.runnersworld.com/news/a29430499/eliud-... https://www.washingtonpost.com/sports/2019/10/12/e... https://www.leichtathletik.de/news/news/detail/202... https://d-nb.info/gnd/1167173678